Thursday, June 2, 2011

Sunnah dan sekitarnya

Assalamualaikum.

"Solat kau tak ikut sunnah tu.."
"Hidup orang sekarang dah tak ikut sunnah aku tengok.."
"Marilah kita kembali kepada sunnah Rasulullah SAW yang sebenarnya.."



Sekarang ini agak menjadi trend ramai yang inginkan tajdid dan golongan yang menyebut diri mereka sebagai golongan Salafi, melaung-laungkan kepada kita slogan "Kembali kepada Sunnah" atau apa-apa slogan yang membawa maksud yang sama. Di laman sosial Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan juga blog-blog dan laman sesawang menjadi platform untuk menyampaikan slogan berikut. Tetapi jika dilihat, adakah masyarakat kita sangat tersesat dalam bidaah dan khurafat sehingga ada sebahagian dari mereka yang menggelarkan diri mereka salafi atau golongan tajdid mempromosikan "Kembali kepada Sunnah"?

Sebenarnya perkara ini perlu diteliti dengan elok. Bagi golongan yang menyeru untuk kembali kepada sunnah, haruslah diperjelaskan bahawa masyarakat sudah mengamalkan sunnah Rasulullah SAW, cuma ada sebahagian daripada ibadat yang dilakukan tidak bertepatan dengan sunnah Rasulullah SAW. Kan marah orang bila kita kata ibadat orang tak ikut sunnah (melainkan kalau yang dilakukan itu adalah bidaah, maka kita sepakat menolak bidaah). Mungkin ada yang suka melewatkan solat, dan ini tidak menepati sunnah kerana Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk menunaikan solat setelah masuknya waktu solat dan tidak melengah-lengahkannya. Dalam wirid selepas solat, ada bacaan yang mana ditokok tambah dengan kalimah-kalimah tertentu atau bacaan-bacaan tertentu yang mana tidak berasal dari Nabi SAW dan dijadikan kemestian membaca wirid dengan tambahan tersebut. Ini sudah tidak menepati apa yang diajarkan kepada kita melalui hadith. Untuk bacaan wirid, saya cadangkan untuk merujuk dari sini.

Saya begitu tertarik dengan seorang ilmuan tempatan, Ustaz Adlan Abd Aziz dalam artikel beliau di Al-Ahkam.net dimana beliau menyentuh akan hal kembali kepada sunnah. Sangat menarik penjelasan beliau dan saya rasa boleh menjadi panduan kepada sebahagian dari mereka yang mempromosikan kembali kepada sunnah agar melihat dahulu dengan teliti.

Dalam mempromosikan mengikut sunnah Nabi SAW, kita hendaklah sedar bahawa ikut sunnah tidak semestinya meninggalkan mazhab. Ada sesetengah yang taksub dengan mengatakan dan menganggap bila kita hendak ikut sunnah, maka menjadi tidak bermazhab. Ini adalah anggapan yang salah sama sekali. Mazhab yang ada sekarang itu diasaskan oleh Imam mazhab yang bersumberkan hadith. Setiap dari mereka berijtihad berdasarkan Al-Quran dan hadith. Maka keluarlah ijtihad/pandangan mereka dan pengikut mazhab mengambilnya sebagai pandangan mazhab. Ibn Taimiyyah rahimahullah menyebutkan ada dua golongan dalam dunia ini, iaitu golongan yang bertaqlid dan yang berijtihad. Bagi yang berkemampuan (dari segi ilmu hadith, tafsir, usul fiqh dll) mereka boleh membuat ijtihad dalam sesuatu perkara. Dan bagi mereka yang tidak mampu sperti orang awam, maka hendaklah mereka bertaqlid kepada mereka yang berijtihad kerana tidak mampu untuk membuat ijtihad sendiri.

Apabila kita mewara-warakan mengenai sunnah, maka tidak terlepas daripada tersangkutnya dua isu iaitu khilaf dan bidaah. Dalam bahasa mudahnya, saya boleh simpulkan bahawa khilaf adalah perbezaan pandangan dalam memahami nas. Mungkin ulama A berpandangan begini dalam memahami suatu nas, dan ulama B perpandangan begitu dalam memahami nas yang sama. Ulama dari seluruh dunia telah berhimpun di Arab Saudi pada 17 Oktober 1987 dan membincangkan mengenai khilaf. Mereka membuat keputusan :

  • Perbezaan dari aqidah/i'tiqad adalah mengecewakan dan tidak boleh khilaf dalam isu aqidah. Umat Islam hendaklah beri'tiqad dengan i'tiqad Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
  • Adapun perbezaan dari segi fiqh, adalah khazanah dan rahmat kepada umat Islam. Ini dapat meluaskan fiqh umat Islam dan menjadikan umat tidak hidup dengan fiqh yang sempit.
Imam Malik rahimahullah berkata kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid bahawa mustahil tidak berlaku khilaf dalam suatu masalah. Ini berikutan Khalifah Harun Ar-Rasyid ingin menjadikan kitab Al-Muwatta' sebagai kitab rujukan utama untuk seluruh dunia Islam. Kita hendaklah sedar bahawa tidak semestinya pendalat kita itu yang benar. Kebenaran itu mungkin lebih dari satu. Hendaklah kita berlapang dada dengan pendapat dan pandangan orang lain.



Dalam hal yang khilaf, kita boleh mengkiritik pandangan ilmuan atau mana-mana ulama. Tetapi, biarlah dalam sopan dan tidak menghina. Mengkritik itu boleh kerana pandangan manusia itu tidak terlepas dari silap. Yang maksum dari kritikan adalah Al-Quran dan Hadith. Dan dalam mengkritik, janganlah taksub dengan mazhab. Ada sebahagian yang kelihatan mengkritik perkara khilaf tetapi dalam kritikan mereka, mereka menghina pendapat orang lain seolah-olah pandangan mereka itu adalah yang benar. Hal ini terjadi dimana ada golongan yang menghina perbuatan menggerak-gerakkan jari sewaktu solat. Kononnya, hanya mazhab Syafie sahaja yang betul .Ini secara langsung telah menghina Imam-imam mazhab yang lain. Ingatlah, kritik boleh tapi jangan menghina kerana siapalah kita hendak dibandingkan dengan imam-imam tersebut. Kritik dengan ilmu, bukan dengan ketaksuban yang melampau dengan mazhab. Dan jika ada orang yang berlainan pendapat dengan kita, hendaklah berlapang dada. Janganlah kerana perkara khilaf, kita bergaduh dan hilang perpaduan. Saya di India tidak pernah menyuruh orang tempatan India untuk mengangkat jari semasa tahiyat akhir sekali sahaja seperti mazhab Syafie dan tidak menggerakkan jari samada membulat, atau kiri-kanan atau angkat-turun berulang-kali. Dan mereka tidak pula menyuruh saya untuk membuat seperti mereka. Kerana lapang dada dan menerima pandangan lain, maka Islam itu nampak indah dan kaya dengan ilmu.



Sekitar berbicara mengenai sunnah, maka apabila disebut khilaf, pasti bidaah datang sekali. Isu bidaah sangatlah terkenal. Dan untuk memahami bidaah itu hendaklah dengan minda dan hati yang terbuka. Belajar hendaklah dengan dada yang lapang. Tokoh usul fiqh, al-Imam Abu Ishaq al-Syatibi rahimahullah (790H) dalam kitabnya yang mashur, al-I'tishom mentakrifkan bidaah sebagai : "Jalan yang direka dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan mengabdikan diri kepada Allah SWT". (al-Syatibi, al-I'tishom, ms.27). Dari penjelasan terhadap takrif bidaah yang dikemukakan oleh Imam al-Syatibi (sila rujuk teks asal untuk penjelasan penuh), boleh disimpulkan :
1.      Bid‘ah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bid‘ah.
2.      Bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bid‘ah.
3.      Ahli bid‘ah menganggap jalan, bentuk, cara bid‘ah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.
Bid‘ah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bid‘ah Hasanah yang membabitkan perkara-perkara duniawi bukanlah bid‘ah pada istilahnya.

Jadi, para ulama secara sepakatnya untuk menolak bidaah. 

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
 قُلْ إِنَّمَا حَرَّمَ رَبِّيَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ وَالإِثْمَ وَالْبَغْيَ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَأَن تُشْرِكُواْ بِاللّهِ مَا لَمْ يُنَزِّلْ بِهِ سُلْطَاناً وَأَن تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ مَا لاَ تَعْلَمُونَ
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.” [al-A’raaf 7:33]

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
...فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيرًا. فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ.
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah sesat.
Maksud “…gigitlah ianya dengan geraham…” ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.
(Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih”. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunanmereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: “Hadith ini sahih”. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288))


Kedua:
Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:
مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.
“Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Rujuk Shahih Muslim – hadith no:  1718 (Kitab al-Aqdiyyah, Bab kritikan ke atas hukum batil dan perkara ciptaan baru).

Jadi, marilah kita cuba untuk mengkaji amalan semua amalan kita agar semua menepati sunnah. Barulah bertepatan untuk kita gelarkan diri kita Alhul Sunnah Wal Jamaah. Ikuti dan hayati sunnah, berlapang dada dalam khilaf, dan tolak amalan bidaah.

Wallahua'lam.

Saturday, May 21, 2011

Kisah Maryam binti Imran


Kelebihan Keluarga Imran

Maryam binti Imran, merupakan seorang hamba Allah yang lahir dari seorang insan bernama Hannah, yang bersuamikan Imran, seorang daripada pemuka-pemuka dan ulama Bani Israil.

Allah melebihkan darjat keluarga Imran berdasarkan surah ali Imran, surah ke-3 ayat ke 33 hingga 34;

Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebagiannya (keturunan) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [3:33-34]


Kisah kelahiran Maryam boleh dilihat dalam surah yang sama, ayat yang ke 35 hingga 36;

(Ingatlah), ketika isteri Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (di Baitulmaqdis). Karena itu terimalah (nazar) itu dari padaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkannya seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dilahirkannya itu; dan anak laki-laki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada setan yang terkutuk." [3:35-36]


Hannah menazarkan anak dalam kandungannya itu untuk berkhidmat di Baitulmaqdis. Setelah diketahui anak yang dilahirkannya itu merupakan anak perempuan, maka Hannah bingung bagaimana anaknya hendak berkhidmat di Baitulmaqdis sedangkan anaknya seorang perempuan.

Allah kemudian menerima nazar Hannah, dan Maryam berkhidmat di Baitulmaqdis seperti apa yang telah ibunya menazarkannya;

Maka Tuhannya menerimanya (sebagai nazar) dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakariyya pemeliharanya. Setiap kali Zakariyya masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakariyya berkata: "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?" Maryam menjawab: "Makanan itu dari sisi Allah". Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. [3:37]


Nabi Zakariyya merupakan bapa saudara Maryam. Oleh kerana Imran telah meninggal dunia sebelum kelahiran Maryam, maka Nabi Zakariyya menjadi penjaga tetap Maryam sejak dari kecil. Pada suatu hari, ketika Nabi Zakariyya memasuki mihrab tempat Maryam duduk, Nabi Zakariyya melihat buah-buahan yang hanya terdapat pada musim dingin, tatkala ketika itu musim panas. Maka Nabi Zakariyya bertanya kepada Maryam, "Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?". Maka Maryam menjawab "Makanan itu dari sisi Allah". Itulah antara kekuasaan Allah dalam pemberian rezeki kepada hambaNya Maryam. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab.

Nabi Zakariyya yang telah larut usia serta isterinya mandul, masih tidak mempunyai cahaya mata. Tatkala melihat keajaiban itu;

Di sanalah Zakariyya berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariyya, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh." Zakariyya berkata: "Ya Tuhanku, bagaimana aku bisa mendapat anak sedang aku telah sangat tua dan istriku pun seorang yang mandul?" Berfirman Allah: "Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya". Berkata Zakariyya: "Berilah aku suatu tanda (bahawa isteriku telah mengandung)". Allah berfirman: "Tandanya bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari". [3:38-41]


Maka, terjawablah doa Nabi Zakariyya untuk menimang cahaya mata dengan kelahiran Nabi Yahya. Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

Allah mengangkat darjat Maryam melebihi perempuan-perempuan lain di zamannya;

Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (yang semasa dengan kamu). Hai Maryam, taatlah kepada Tuhanmu, sujud dan rukuklah bersama orang-orang yang rukuk. [3:42-43]


Dan Maryam dipelihara oleh Nabi Zakariyya ketika di Baitulmaqdis, walaupun mendapat rebutan daripada golongan ulama lain untuk mendapat hak menjaga Maryam;

Yang demikian itu adalah sebagian dari berita-berita ghaib yang Kami wahyukan kepada kamu (ya Muhammad); padahal kamu tidak hadir beserta mereka, ketika mereka melemparkan anak-anak panah mereka (untuk mengundi) siapa di antara mereka yang akan memelihara Maryam. Dan kamu tidak hadir di sisi mereka ketika mereka bersengketa. [3:44]


Mereka mengambil jalan penyelesaian dalam penjagaan Maryam dengan ditentukan melalui kaedah membaling anak panah ke dalam kolam, anak panah yang paling lama terapung di permukaan kolam adalah yang paling berhak menjaga Maryam. Allah Maha Besar, ditakdirkan Nabi Zakariyya memenangi lontaran anak panah tersebut.

Kemudian, berita kelahiran Isa putra Maryam pula dikhabarkan dalam ayat seterusnya;

(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putra yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al Masih Isa putra Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah), dan dia berbicara dengan manusia dalam buaian dan ketika sudah dewasa dan dia termasuk di antara orang-orang yang saleh." Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-laki pun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia. [3:45-47]


Perutusan Isa putra Maryam adalah untuk menyeru manusia menyembah Allah subhanahu wa ta'ala;

Dan Allah akan mengajarkan kepadanya Al Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. Dan (sebagai) Rasul kepada Bani Israel ( yang berkata kepada mereka): "Sesungguhnya aku telah datang kepadamu dengan membawa sesuatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu, yaitu aku membuat untuk kamu dari tanah berbentuk burung; kemudian aku meniupnya, maka ia menjadi seekor burung dengan seizin Allah; dan aku menyembuhkan orang yang buta sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak; dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah; dan aku kabarkan kepadamu apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumahmu. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah suatu tanda (kebenaran kerasulanku) bagimu, jika kamu sungguh-sungguh beriman." Dan (aku datang kepadamu) membenarkan Taurat yang datang sebelumku, dan untuk menghalalkan bagimu sebagian yang telah diharamkan untukmu, dan aku datang kepadamu dengan membawa suatu tanda (mukjizat) dari Tuhanmu. Karena itu bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku. Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus". [3:48-51]


Pengajaran kisah Maryam;

1. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

"Demikianlah, Allah berbuat apa yang dikehendaki-Nya" [ali Imran, 3:40]

2. Sebanyak mana tipu daya musuh Allah, Allah berkuasa untuk melawan kembali tipu daya mereka;

"Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan Allah membalas tipu daya mereka itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya." [ali Imran, 3:54]

3. Rezeki itu hak milik Allah, bila-bila masa sahaja ia boleh ditarik dan ia boleh diberikan olehNya.

Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab. [ali Imran, 3:37]

4. Nabi Isa merupakan utusan Allah, diutuskan untuk mengajar Injil dan mengesahkan kebenaran kitab terdahulu (Taurat), dan menyeru manusia menyembah kepada Allah, Tuhan yang satu.

Kata Isa putra Maryam;

"Sesungguhnya Allah, Tuhanku dan Tuhanmu, karena itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus." [ali Imran, 3:51]

Kisah kelahiran Nabi Isa putra Maryam, mengenai khabaran Jibril kepada Maryam, dan proses kelahiran Nabi Isa di bawah pohon kurma, dan kisah Nabi Isa boleh bercakap sewaktu masih bayi, boleh juga dilihat dalam surah Maryam, surah ke 19, ayat 16 hingga 37.

Wallahu a'lam, semoga bermanfaat

Sunday, May 15, 2011

"Wahai Yahya, Ambillah Al-Kitab Itu Dengan Kekuatan"





Saya ingin berkongsi satu pengalaman saya.
Pada satu hari, ketika saya masih di Markaz Bahasa sebelum masuk ke Universiti Yarmouk, saya menghadapi masalah.Masalah itu adalah untuk mengikuti pelajaran "Mendengar" atau dalam bahasa Arabnya, kelas ini dinamakan kelas Istima'.

Agak sukar kerana biasanya, Sheikh saya di sekolah lama akan bercakap dalam bahasa Arab Fushah (bahasa asal) dan bercakap tidak berapa laju. Namun di dalam kelas Istima' ini, pensyarah yang mengajar saya, Dr Omar Okasha sering menggunakan video bertajuk "Mahatot". Video ini ibarat video National Geographic, tetapi sering menayangkan perihal atau keadaan masyarakat di negara Arab.

Percakapan dalam video itu nyata sukar untuk diikuti kerana ia menggunakan bahasa Arab campur.Sedikit bahasa Arab Fushah, dan sedikit bahasa Arab 'Ammi'. Malah percakapannya teramat-amat laju sehingga selalunya, telinga saya tidak dapat menangkap apa yang diucapkan oleh video itu. Malah bukan saya sahaja yang menghadapi masalah pendengaran ini, rakan2 Melayu & Turki yang lain turut berkongsi masalah yang sama.

Akhirnya saya mengambil inisiatif bertemu dengan Dr Omar Okasha. Saya memintanya agar ditukarkan video itu kepada tahap yang lebih mudah seperti kartun. Dia tersengih sahaja apabila mendengar permintaan saya.

Dia kata, "saya pakai video itu, sebab itulah kehidupan yang sebenar. Di universiti nanti, adakah doktor akan memperlahankan syarahannya semata-mata untuk kamu?. Mustahil."

Lalu saya berkata, "tetapi kuliah bahasa di sini amat mahal. Kalau saya gagal hanya kerana masalah pendengaran ini, maka saya akan susah."

Dia membalas. "Maka kamu kena berusaha. Berlatih untuk menangkap apa yang disampaikan. Latih telinga kamu."

Saya memberi alasan, "Susah Doktor, saya bukan Arab."

Doktor kata, "Tuhan kita berkata, 'Wahai Yahya, ambillah al-Kitab itu dengan kekuatan (bersungguh-sungguh).' "

Saya senyap. Doktor juga senyap, tetapi bibirnya menggaris senyum.

"Allah tidak berkata, 'Wahai Yahya, ambillah al-Kitab itu dengan kemalasan."Dia menambah.

Hati saya seperti dimasuki satu kefahaman baru.

Kemudian Doktor berkata kepada saya, "Belajar, belajar dan belajar."

Saya faham. Saya hanya memberikan dia alasan sedangkan dia sedang berusaha untuk mempertingkatkan ilmu dan diri saya. Sepatutnya saya perlu lebih bersungguh. Jika ada halangan, saya bukan perlu lari, tetapi saya perlu hadapi.

Tiada jalan senang dalam hidup ini. Tiada yang seratus peratus tenang dalam kehidupan ini. Semuanya memerlukan usaha. Semuanya memerlukan usaha yang gigih.

Alasan hanya akan menjadi halangan untuk melepasi limitasi diri.

Usaha dengan bersungguh-sungguh adalah ibarat senjata untuk merobohkan benteng limitasi itu.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu mengubah dulu apa yang ada di dalam diri mereka." (ar-ra'd:11).

Kenapa saya tidak teguh di atas ayat ini?

"Sebenarnya manusia itu insan."

Itulah kata-kata guru saya. Insan bermaksud pelupa. Ya..saya terlupa. Saya cuai. Saya malas.

"Wahai Yahya, ambillah al-kitab itu dengan kekuatan (bersungguh-sungguh)." (Maryam:12).

Ayat ini terdapat dalam surah Maryam. Surah yang saya hafadznya dengan baik dan sering baca jika saya menjadi imam. Tidak sangka, ayat yang tidak sampai sejengkal jari saya ini, memberikan kesan yang besar untuk diri saya.

Saya menghela nafas.

Menerima teguran ini, seakan-akan menerima teguran senyap daripada Allah, dengan bicara-Nya yang lebut....

"Wahai Hilal, bergeraklah mencari redha-Ku, mencari ilmu-Ku, menjadi hamba-Ku, dengan kekuatan (bersungguh-sungguh)."

Alhamdulillah, Allah itu Maha Penyayang.

Mari kita bersama-sama duduk bermuhasabah, mengkoreksi diri dan menjadi kuat!



Petikan dari buku Kembara Hamba Mencari Cahaya.
Langit Ilahi 2.
Karya Hilal Asyraf.

Sunday, May 8, 2011

Hadith Ghulam

Firman Allah subhanahu wa ta'ala;

Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan hari yang dijanjikan, dan yang menyaksikan dan yang disaksikan. Binasa dan terlaknatlah orang-orang yang membuat parit. yang berapi (dinyalakan dengan) kayu bakar, [al Buruj, 85:1-5]

Potongan surah al-Buruj, ayat 1 hingga 5 tersebut menceritakan sebuah kisah ahli sihir, rahib, anak muda (ghulam), dan orang-orang yang dilemparkan ke parit. Ia berkait rapat dengan hadith yang akan dibincangkan selepas ini.

Di bawah merupakan sebuah hadith yang dikenali sebagai "Hadith Ghulam".

وَعَنْ صُهَيْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ : « كَانَ مَلِكٌ فيِمَنْ كَانَ قبْلَكُمْ، وَكَانَ لَهُ سَاحِرٌ ، فَلَمَّا كَبِرَ قَالَ لِلْمَلِك : إِنِّي قَدْ كَبِرْتُ فَابعَثْ إِلَيَّ غُلاَماً أُعَلِّمْهُ السِّحْرَ ، فَبَعَثَ إِلَيْهِ غُلاَماً يعَلِّمُهُ ، وَكَانَ في طَريقِهِ إِذَا سَلَكَ رَاهِبٌ، فَقَعَدَ إِلَيْهِ وَسَمِعَ كَلاَمهُ فأَعْجَبهُ ، وَكَانَ إِذَا أَتَى السَّاحِرَ مَرَّ بالرَّاهِب وَقَعَدَ إِلَيْه ، فَإِذَا أَتَى السَّاحِرَ ضَرَبَهُ ، فَشَكَا ذَلِكَ إِلَى الرَّاهِبِ فقال : إِذَا خَشِيتَ السَّاحِر فَقُلْ : حبَسَنِي أَهْلي ، وَإِذَا خَشِيتَ أَهْلَكَ فَقُلْ: حَبَسَنِي السَّاحرُ .

فَبيْنَمَا هُو عَلَى ذَلِكَ إذْ أتَى عَلَى دابَّةٍ عظِيمَة قدْ حَبَسَت النَّاس فقال : اليوْمَ أعْلَمُ السَّاحِرُ أفْضَل أم الرَّاهبُ أفْضلَ ؟ فأخَذَ حجَراً فقالَ : اللهُمَّ إنْ كان أمْرُ الرَّاهب أحَبَّ إلَيْكَ مِنْ أَمْرِ السَّاحِرِ فاقتُلْ هَذِهِ الدَّابَّة حتَّى يمْضِيَ النَّاسُ ، فرَماها فقتَلَها ومَضى النَّاسُ، فأتَى الرَّاهب فأخبَرهُ . فقال لهُ الرَّاهبُ : أىْ بُنيَّ أَنْتَ اليوْمَ أفْضلُ منِّي ، قدْ بلَغَ مِنْ أمْركَ مَا أَرَى ، وإِنَّكَ ستُبْتَلَى ، فإنِ ابْتُليتَ فَلاَ تدُلَّ عليَّ ، وكانَ الغُلامُ يبْرئُ الأكْمةَ والأبرصَ ، ويدَاوي النَّاس مِنْ سائِرِ الأدوَاءِ . فَسَمعَ جلِيسٌ للملِكِ كانَ قدْ عمِىَ، فأتَاهُ بهداياَ كثيرَةٍ فقال : ما ههُنَا لك أجْمَعُ إنْ أنْتَ شفَيْتني ، فقال إنِّي لا أشفِي أحَداً، إِنَّمَا يشْفِي الله تعَالى، فإنْ آمنْتَ بِاللَّهِ تعَالَى دعوْتُ الله فشَفاكَ ، فآمَنَ باللَّه تعَالى فشفَاهُ اللَّهُ تَعَالَى ، فأتَى المَلِكَ فجَلَس إليْهِ كما كانَ يجْلِسُ فقالَ لَهُ المَلكُ : منْ ردَّ علَيْك بصَرك؟ قال : ربِّي . قَالَ: ولكَ ربٌّ غيْرِي ؟، قَالَ : رَبِّي وربُّكَ الله ، فأَخَذَهُ فلَمْ يزلْ يُعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الغُلاَمِ فجئَ بِالغُلاَمِ ، فقال لهُ المَلكُ : أىْ بُنَيَّ قدْ بَلَغَ منْ سِحْرِك مَا تبْرئُ الأكمَهَ والأبرَصَ وتَفْعلُ وَتفْعَلُ فقالَ : إِنَّي لا أشْفي أَحَداً ، إنَّما يشْفي الله تَعَالَى، فأخَذَهُ فَلَمْ يزَلْ يعذِّبُهُ حتَّى دلَّ عَلَى الرَّاهبِ ، فجِئ بالرَّاهِبِ فقيل لَهُ : ارجَعْ عنْ دِينكَ، فأبَى ، فدَعا بالمنْشَار فوُضِع المنْشَارُ في مفْرقِ رأْسِهِ، فشقَّهُ حتَّى وقَعَ شقَّاهُ ، ثُمَّ جِئ بجَلِيسِ المَلكِ فقِلَ لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ فأبَى ، فوُضِعَ المنْشَارُ في مفْرِقِ رَأسِهِ ، فشقَّهُ به حتَّى وقَع شقَّاهُ ، ثُمَّ جئ بالغُلامِ فقِيل لَهُ : ارجِعْ عنْ دينِكَ ، فأبَى ، فدَفعَهُ إِلَى نَفَرٍ منْ أصْحابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ إِلَى جبَلِ كَذَا وكذَا فاصعدُوا بِهِ الجبلَ ، فـإذَا بلغتُمْ ذروتهُ فإنْ رجعَ عنْ دينِهِ وإِلاَّ فاطرَحوهُ فذهبُوا به فصعدُوا بهِ الجَبَل فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شئْت ، فرجَف بِهمُ الجَبَلُ فسَقطُوا ، وجَاءَ يمْشي إِلَى المَلِكِ ، فقالَ لَهُ المَلكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقالَ : كفانيهِمُ الله تعالَى ، فدفعَهُ إِلَى نَفَرَ منْ أصْحَابِهِ فقال : اذهبُوا بِهِ فاحملُوه في قُرقُور وَتَوسَّطُوا بِهِ البحْرَ ، فإنْ رَجَعَ عنْ دينِهِ وإلاَّ فَاقْذفُوهُ ، فذَهبُوا بِهِ فقال : اللَّهُمَّ اكفنِيهمْ بمَا شِئْت ، فانكَفَأَتْ بِهِمُ السَّفينةُ فغرِقوا ، وجَاءَ يمْشِي إِلَى المَلِك . فقالَ لَهُ الملِكُ : ما فَعَلَ أَصحَابكَ ؟ فقال : كفانِيهمُ الله تعالَى . فقالَ للمَلِكِ إنَّك لسْتَ بقَاتِلِي حتَّى تفْعلَ ما آمُركَ بِهِ . قال : ما هُوَ ؟ قال : تجْمَعُ النَّاس في صَعيدٍ واحدٍ ، وتصلُبُني عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ خُذ سهْماً مِنْ كنَانتِي ، ثُمَّ ضعِ السَّهْمِ في كَبدِ القَوْسِ ثُمَّ قُل : بسْمِ اللَّهِ ربِّ الغُلاَمِ ثُمَّ ارمِنِي ، فإنَّكَ إذَا فَعَلْتَ ذَلِكَ قَتَلْتنِي . فجَمَع النَّاس في صَعيدٍ واحِدٍ ، وصلَبَهُ عَلَى جذْعٍ ، ثُمَّ أَخَذَ سهْماً منْ كنَانَتِهِ ، ثُمَّ وضَعَ السَّهمَ في كبِدِ القَوْسِ، ثُمَّ قَالَ : بِسْم اللَّهِ رَبِّ الغُلامِ ، ثُمَّ رمَاهُ فَوقَعَ السَّهمُ في صُدْغِهِ ، فَوضَعَ يدَهُ في صُدْغِهِ فمَاتَ . فقَالَ النَّاسُ : آمَنَّا بِرَبِّ الغُلاَمِ ، فَأُتِىَ المَلكُ فَقِيلُ لَهُ : أَرَأَيْت ما كُنْت تحْذَر قَدْ وَاللَّه نَزَلَ بِك حَذرُكَ . قدْ آمنَ النَّاسُ . فأَمَرَ بِالأخدُودِ بأفْوَاهِ السِّكك فخُدَّتَ وَأضْرِمَ فِيها النيرانُ وقالَ : مَنْ لَمْ يرْجَعْ عنْ دينِهِ فأقْحمُوهُ فِيهَا أوْ قيلَ لَهُ : اقْتَحمْ ، ففعَلُوا حتَّى جَاءتِ امرَأَةٌ ومعَهَا صَبِيٌّ لهَا ، فَتقَاعَسَت أنْ تَقعَ فِيهَا ، فقال لَهَا الغُلاَمُ : يا أمَّاهْ اصبِرِي فَإِنَّكَ عَلَي الحَقِّ » روَاهُ مُسْلَمٌ .

« ذرْوةُ الجَبلِ » : أعْلاهُ ، وَهي بكَسْر الذَّال المعْجمَة وضمها و « القُرْقورُ » بضَمِّ القَافَيْن : نوْعٌ منْ السُّفُن و « الصَّعِيدُ » هُنا : الأرضُ البارزَةُ و «الأخْدُودُ»: الشُّقوقُ في الأرْضِ كالنَّهْرِ الصَّغيرِ و « أُضرِمَ » أوقدَ « وانكفَأَت» أي : انقلبَتْ و « تقاعسَت » توقَّفتْ وجبُنتْ .

Dari Suhaib bahawa Rasulullah saw. pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir tersebut merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut, “Aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik)*[1] yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku”. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Akhirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya:

“Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah), jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua bahawa tukang sihir telah menahanku.”

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar (singa)* yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib”. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: “Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang lain.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati. (Orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya)*.

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata padanya; Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, Engkau nanti akan diuji. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentangku.

Budak tersebut berjaya mengubat penyakit kusta dan sopak. Dia juga dapat mengubat semua penyakit yang dihidapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit sehingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut; semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.

Budak berkata kepadanya:

“Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.

Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sediakala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya; Siapa yang mengembalikan penglihatanmu? Kata pembesar tersebut: Tuhanku. Raja sangat marah dan mengatakan: Ada ke tuhan lain selain dariku?? Lalu pembesar tersebut ditangkap dan disiksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini”.

Lalu budak itu menjawab, “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah. Lalu ia pun ditangkap dan terus di siksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan siksaan).

Lalu rahib pun ditangkap. Ia diarahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji, tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata, “Balik semula kepada agama asalmu”. Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dan atas bukit tersebut. Lalu mereka membawanya ke atas bukit. Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah:

Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang engkau kehendaki.

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya; Mana dia kawan-kawanku? jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka. Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan dia ke dalam laut.

Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: Mana kawan-kawanku? Jawab budak: Allah telah menolongku menghadapi mereka.

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta. Tanya raja: Apa dia? Kata budak: Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dan panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui.)* “Kami percaya kepada tuhan budak ini”.

Raja menjadi kelam kabut dan dikatakan kepadanya, “Apakah tuanku tidak melihat apa yang tuanku takuti. Sesungguhnya, Demi Allah! Ia telah menimpa tuanku. Orang ramai telah semuanya beriman.”

Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: Wahai ibu, sabarlah, engkau berada di atas kebenaran !

Hadis Riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq) Tarmizi (No. 3263 Kitab Tafseer Al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis di sebutkan oleh Imam An-Nawawi dalam Kitab Riyadhus-Solihin di bawah Bab Sabar.

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa: Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Saiyidina Omar ra. telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan pada bawah telinganya yang masih luka. ALLAHUAKBAR!!

*[1] di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada di dalam riwayat Tarmizi.

sumber : buku Ghulam Dakwah, oleh Thoriq Ahmad.

artikel ini disiarkan sempena huraian hadith ghulam di dalam daurah Davangere pada 06/05/2011, yang dibentangkan oleh brothers from Mangalore.

Wednesday, May 4, 2011

Datang ...Jangan tak datang. ^_^

Assalamualaikum warga davangere,
dijemput anda semua menghadirkan diri ke Surau An-nur.

5 mei 2011 - selepas isyak- sesi 'SHARING WITH SENIOR MANGALORE'

6 mei 2011 - 3pm till 6pm - sesi 'BRING THE BEST OUT OF YOU'

Sunday, May 1, 2011

Simple formula to be the best muslim!

Being human, we all crave to have the best in life, to get the best in life, and to be the best in life. Don't we? How many times have these thoughts crawled in our brains?

"I want to be the best employee or the best student!" "I want to own the best mobile, the best car and be married to the best wife."

Dear brothers and sisters, as Muslims has the thought ever come to us that "I want to be the best Muslim?" Leave alone working for it, have we ever just thought about it?

Well, now that this topic has come up, give it a second thought. If you believed that to be the best of Muslims you need to spend your full day in the Masjid or fast everyday of your life, you were wrong!

Prophet Muhammad (peace be upon him) gave us a simple formula to be the best:
"The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it." (Al-Bukhari)

Subhan Allah, as simple as that! It doesn't require you to be on your prayer mat 24/7. No, the key is Allah's speech – the Qur'an.

Hold on to it even if it's by starting to read a page everyday (make sure you understand it). This is something that Allah has ordered in the Qur'an.

"And hold fast, all of you together, to the rope of Allah (i.e. the Quran), and be not divided among yourselves; and remember with gratitude Allah's favors on you..." (Qur'an, 3:103)

"And We have indeed made the Qur'an easy to understand and remember, then is there any that will remember (or receive admonition)? " (Qur'an, 54:17)

Benefits of reading the Qur'an:

• Fulfils an Islamic duty

The Prophet (peace be upon him) summarized the Religion in his statement: "The Religion is naseehah (sincerity)! " So the Companions asked, "For whom'" He replied: "For the sake of Allah, His Book, His Messenger, the leaders of the people, and their common folk." (Sahih Muslim)

Sincerity to the Book of Allah includes reciting it regularly, learning the rules of Tajweed and trying to beautify our recitation, understanding its meaning, Tafseer and the reasons for revelation, and most importantly affirming that it is the Truth, the perfect Speech of Allah and not part of the creation. We honor it by learning it, implementing it in our lives, teaching it and calling people towards it. So by reading and reflecting over the Qur'an, we fulfill an obligation and will Insha Allah be rewarded for that.

• Intercession on the Day of Judgment

The Prophet (peace be upon him) said: "Read the Qur'an, for verily it will come on the Day of Judgment as an intercessor for its upholders." (Sahih Muslim)

All those early mornings we spent reciting the Qur'an will Insha Allah bear its full fruit when it really matters: the Day of Judgment. We can't even imagine how it will be, when the Qur'an will intercede for those who honored it.

May Allah make us among them, Aameen.

• How much in 5 minutes?

I'm sure you're familiar with the famous Hadith, "Whoever reads a letter from the Book of Allah, he will have a reward. And that reward will be multiplied by ten. I am not saying that "Alif, Laam, Meem" is a letter, rather I am saying that "Alif" is a letter, "Laam" is a letter and "Meem" is a letter." (Al-Tirmidhi)

Subhan Allah, can you imagine the weight of good deeds that will be added to your right side by just reciting one verse? This is really a blessing for all of us..

There is no end to the benefits of reading the Qur'an. Also, our wisdom and thoughts develop positively, giving us a clear and intellectual understanding of life if we seek guidance from the Qur'an, the Book of our Creator.

May Allah make us among the people of the Qur'an and make the Qur'an a witness for us on the Day of Judgment and not against us.

So go ahead, learn and teach the Qur'an, and make yourself among the best of Muslims Insha Allah.

Source: Saudi Gazette

Friday, March 11, 2011

Sabar dengan ujian, syukur dengan nikmat, tenang setiap keadaan

Assalamualaikum,

Allah s.w.t berfirman, mafhumnya,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. (QS. al-Baqarah:155-157)