Friday, March 5, 2010

Mencari Hidayah

Tayangan 05/03/2010.

Assalamualaikum w.b.t.

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan [al Fatihah, 1:5-6]

Wahai hamba-hambaKu! Kamu semua sesat kecuali orang yang Aku hidayatkannya, maka hendaklah kamu meminta hidayat dariKu. [Hadis Qudsi, riwayat Muslim]

Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:
Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya. [HR Muslim]

Waabisoh ibn Ma'bad r.a. beliau berkata: Aku telah menemui Rasulullah SAW lalu
Baginda bersabda: Engkau datang mahu bertanya tentang kebajikan? Aku berkata: Ya. Baginda bersabda: Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak-agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu. [HR Ahmad]

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. [at-Thalaaq, 65:2]

Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadapKu tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi. [HR Tirmidzi]

oleh kerana file video terlampau besar, video akan diberikan melalui thumb-drive kepada sesiapa yang mahu.

Wassalam =)

Thursday, March 4, 2010

MUSUH MANUSIA

Assalamualaikum.....^_^

Kita memahami bahawa Allah S.W.T menciptakan fitrah ke atas diri manusia, iaitu bisa mengetahui dan mengenal kebenaran, serta menjauhi dan menghindari kebatilan. Akan tetapi, meskipun fitrah manusia itu sudah siap di'install'kan, namun tidaklah bermaksud mengamalkan yang hak dan menjauhi yang batil itu mudah.
Ada rintangan dan hambatan yang acapkali menjadi ujian. Ada 'musuh' yang senantiasa menghalangi jalan al-haq dan sering mengajak ke arah yang batil.
Musuh-musuh ini memberikan gambaran tentang kebenaran dan kebatilan, yang hakikatnya indah, dijadikan mereka hina, dan yang sebenarnya jijik dan keji, dijadikan mereka indah dan menyenangkan.
Oleh sebab itu wahai sahabat-sahabatku, kita perlu mengetahui musuh-musuh beserta 'mode of action' nya agar kita mampu menyiapkan diri.

Musuh yang pertama adalah SYAITAN. Di dalam kitab Madarijus Salikin dan al-Bada-i,, Ibnu Qayyim Rahimahullah menyebutkan cara-cara dan tahapan syaitan dalam menghembuskan tipu helahnya.

Tahap Pertama
Syaitan mengajak manusia melakukan perbuatan kufur dan syirik, menentang Allah dan RasulNya. INilah yang paling diinginkan oleh syaitan. Dengan cara ini, syaitan telah berhasil menyesatkan banyak orang.Dengan cari ini manusia dijadikan sebagai tentera dan para abdinya.

Tahap Kedua
Syaitan mengajak manusia untuk mengamalkan perbuatan bid'ah dalam agama, baik bid'ah dalam masalah aqidah mahupun amal perbuatan. Bid'ah merupakan perbuatan dosa, di mana pelakunya sulit diharapkan bertaubat. Syaitan memberikan gambaran indah bahawa apa yang dilakukan itu merupakan kebenaran dan ahli bid'ah mempercayai bisikan syaitan ini.Ketika berhasil mengheret seseorang ke tahap ini, maka syaitan durjana akan merasa lega kerana perbuatan bid'ah merupakan gerbang menuju kekufuran.

Tahap Ketiga
Syaitan akan menyeru manusia untuk melakukan dosa besar dengan bermacam-macam variasinya. Manusia bisa tenggelam dalam perbuatn maksiat sehingga hatinya membatu, terhalang dari sinar kebenaran. Kemudian syaitan akan menyebarkkan berita tentang mereka ini di tengah masyarakat. Syaitan akan memanfaatkan tentera dan para abdinya untuk menyebarkan perbuatan dosa ini, terutama jika perbuatan ini dilakukan oleh penguasa atau individu yang selalu diidolakan dalam kehidupan seharian. Misalnya seperti makan riba, ikhtilath (campur baur ) antara lelaki dan perempuan, seks bebas dan sebagainya.

Tahap Keempat

Melakukan dosa-dosa kecil, sebagai gerbang memasuki dosa-dosa besar. Dosa kecil ini biasanya dianggap remeh oleh manusia dan tidak peduli akannya walhal dosa kecil inilah yang akan mengheret kepada dosa seterusnya.
Diceritakan dalam sebuah hadith dari Sahl bin Sa'ad, dari Nabi S.A.W :

"jauhilah dosa-dosa kecil kerana jika dosa-dosa itu berkumpul pada diri seseorang, akhirnya akan membuatnya binasa (celaka)"

Maka tidak diragukan lagi bahawa meremehkan dosa kecil itu bisa merubah dosa kecil menjadi besar.Na'uzubiilaahiminzaalik.

Tahap Kelima

Menyibukkan manusia dengan perkara 'mubah' yang tidak mendatangkan pahala dan juga tidak mengakibatkan dosa. Menyibukkan diri dengan perkara mubah bererti mensia-siakan waktu dan usia serta tidak memanfaatkannya dengan kebaikan dan amalan-amalan soleh.
Betapa banyak manusia tertipu dengan perkara mubah, berlebih-lebihan dalam makanan, minuman, rumah pakaian dan sebagainya. Demi 'keperluan' ini, manusia telah mempersiakan sejumlah harta, usia dan waktu, lalai dengan kebaikan, tidak berluma-lumba mencari keredhaanNya. Hinggakan perbuatan mubah ini bisa menjadi penyebab bagi seseorang itu lupa akan akhirat dan alpa dalam melakukan persiapan menjelang kiamat.

Tahap Keenam

Mengalihkan manusia dari amalan-amalan yang lebih baik kepada amalan yang di bawahnya. Misalannya, seseorang menggunakan harta untuk hal-hal yang bernilai baik tetapi kurang. Disibukkan denagn amalan marjuh ( Bernilai baik tetapi kurang ) sehingga mempelajari ilmu-ilmu yang tidak memiliki kepentingan dan kehilangan ilmu yang bermanfaat.
Atau seseorang itu lebih memilih memiliki usaha-usaha yang masih memiliki syubhah daripada usaha yang jelas-jelas halal. Lebih mengutamakan ibadah Qashirah ( manfaat ibadah hanya bermanfaat kepada si pelaku sahaja seperti solat sunat ) daripada ibadah muta'addiyah ( ibadah yang manfaatnya dirasakan orang lain ) seperti jihad, mengajarkan ilmu, amar ma'ruf nahi munkar dan sebagainya. Akibatnya, dia akan kehilangan kebaikan yang banyak, yang sepatutnya boleh di kecapi tetapi enggan mencari.

Inilah tipu daya syaitan. Semoga Allah melindungi kita dari semua makar dan tipu daya syaitan ini agar kita tergolong dalam golongan yang mencari keredhaanNya..Ameen

[ oleh Syaikh 'Abdullah bin 'Abdurrahman Al Jibrin ]

::dipetik dan diedit dari laman web http://almanhaj.or.id ::

Monday, March 1, 2010

Salam alaik!

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, dengan izinNya, dapat kita semua mewujudkan satu laman sesawang khas untuk aktiviti-aktiviti kerohanian khususnya untuk pelajar Malaysia di Davangere.

InsyaAllah, setiap kali tazkirah dan tayangan, isi-isinya akan dipostkan di sini untuk rujukan umum.

apa-apa pengumuman dan pemberitahuan juga akan dibuat di laman ini InsyaAllah.

Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.
[HR Muslim]

salam barakah :)